Emas memacu naik semula ke paras lebih tinggi dari harga produksi $1,200 sepanjang sesi dagangan Selasa semalam. Kenaikan hampir $30 dari paras terendah Isnin lalu, didorong oleh situasi politik Greece yang bertambah tegang dan kejatuhan terus-menerus harga minyak mentah. Menurut Bloomberg News, harga emas yang telah meningkat tiga hari berturut-turut sejak Jumaat lalu, menjadikannya kenaikan yang terbaik sejak Oktober 2014.
The US Mint diberitakan telah menjual 42 ribu ounce syiling emas, berbanding hanya 18 ribu sepanjang December lalu. Di China pula, sebagai pengguna emas terbesar dunia, Shanghai Gold Exchange, telah melaporkan permintaan yang tertinggi sejak December 18 lalu. Harga emas terus teguh di atas $1,200 Selasa semalam apabila pasaran ekuiti mula merudum, harga minyak terus jatuh dan pasaran yang mula gusar dengan keadaaan ekonomi Euro-Zone.
Kedua-dua Index Dow Jones dan S&P500 mengalami kejatuhan paling teruk dalam masa sehari, Isnin lalu, apabila Dow ditutup pada 17,534.5 berbanding 17,947.50 Khamis lalu. S&P500 yang ditutup pada 2073.90 Khamis minggu lepas, ditutup pada 2023.89 Isnin lalu. Diberitakan spekulasi pasaran semakin meningkat yang Greece bakal keluar dari Euro-Zone sekiranya Parti berhaluan kiri Syriza, menang pada pilihanraya presiden pada 25 Januari ini.
Buka akaun forex anda di sini. Mudah deposit guna Debit Card Maybank, CIMB dan Bank Tempatan lain. Deposit tanpa cas. – KLIK SINI