Harga emas jatuh lebih $14.80/oz Jumaat lalu, menjadikan ianya kejatuhan tiga hari berturut-turut sejak Rabu minggu lepas. Emas jatuh dari paras tertinggi sekitar $1,178.50/oz ke serendah sekitar $1,162.80/oz sebelum menutup sekitar paras $1,171.65; selepas terkesan dari permintaan untuk Dollar yang terus meningkat ekoran data pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) yang dilaporkan melebihi jangkaan.
Sebaik sahaja NFP Amerika Syarikat dilaporkan pada 280 ribu tambahan pekerja, emas jatuh ke paras terendah dalam masa 2 bulan. Pasaran menjangkakan tambahan hanya 222 ribu pekerja berbanding 221 ribu pada sebelumnya. Sebelum daripada itu, data tuntutan bantuan pengangguran AS juga dilaporkan lebih baik dari jangkaan; sekaligus menguatkan keyakinan pelabur bahawa kenaikan “interest rate” AS akan berlaku sebelum akhir tahun ini.
Namun begitu, dalam satu kenyataan media, Tabung Kewangan Antarabangsa menyarankan Amerika Syarikat hanya menaikkan “interest rate” seawal tahun 2016; kerana berdasarkan faktor ekonomi global, ekonomi AS masih belum cukup kuat untuk kenaikan kos pinjaman. Ini sudah tentunya melemahkan permintaan untuk Dollar dan membantu pacuan harga emas.