Harga minyak mentah susut untuk hari kedua Khamis semalam, dengan crude jatuh lebih $1.50 setong ke paras terendah harian sekitar $45.05 setong sebelum menutup sekitar paras 45.35 setong; manakala brent pula jatuh lebih $1.00 setong ke paras terendah harian sekitar $48.60 setong sebelum menutup sekitar paras $48.75 setong; dalam reaksi kepada data yang menunjukkan inventori AS telah meningkat selama enam minggu dan kelemahan yang merebak melalui pasaran fizikal.
Minyak jatuh hampir 4% selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan inventori minyak mentah AS menambah 2.85 juta tong pada minggu lepas, walaupun terdapat penurunan dalam import ke tahap paling rendah sejak tahun 1991. Pada masa yang sama, menyumbang kepada sentimen umum untuk kejatuhan harga adalah dokumen dalaman OPEC yang dilihat oleh Reuters, menunjukkan permintaan yang semakin lemah dalam beberapa tahun akan datang.
[adrotate group=”6″]
Menteri minyak OPEC akan bermesyuarat pada 4 Disember ini bagi membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan strategi mereka dalam membenarkan kejatuhan harga, demi untuk memperlahankan bekalan dari pesaing yang beroperasi pada kos yang lebih tinggi. Walaupun harga telah jatuh dari paras tertinggi sekitar $114 setong pada Jun tahun lepas, OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi enggan mengurangkan pengeluaran demi untuk menjaga bahagian mereka dalam pasaran.