Dollar CAD menjunam lebih 140 pips sepanjang sesi dagangan Eropah Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar paras 1.2085, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; apabila “loonie” kembali dibeli setelah harga minyak meningkat naik menghampiri $60 setong. Pada masa yang sama, data ekonomi Amerika Syarikat yang mengecewakan menyebabkan penjualan Dollar.
Di pasaran global, pergolakan di Yaman diberitakan semakin hangat dan Arab Saudi telah mengetuai misi mengebom puak pemisah Houti. Keadaan yang dilihat berpotensi untuk mengancam bekalan minyak dunia ini telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi yang baru pada tahun ini.
“Loonie” yang sensitif kepada pasaran komoditi dan “interest rate”, menyebabkan sebarang kenaikan harga komoditi memberikan keyakinan untuk para pelabur terus membeli matawang Kanada itu. Malam nanti Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz bakal berucap dan ini dijangka menambah ‘volatiliti’ pasaran. Komen beliau baru-baru ini, yang agak optimistik untuk masa depan ekonomi Kanada, selepas mengekalkan “interest rate” pada 0.75% menyebabkan “loonie” terus mendapat permintaan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni