Dollar Yen menyusut lebih 200 mata Khamis semalam, sebelum disokong semula pada “major handle” 116.00 pada awal sesi Asia hari ini. Kejatuhan yang bermula di pagi sesi Eropah itu, dikatakan berpunca dari langkah Swiss National Bank (SNB) yang membatalkan sokongan terhadap kadar tukaran EUR|CHF yang ditetapkan pada 1.2000 sebelum ini. Kemudian dari itu, laporan “unemployment claims” Amerika Syarikat yang dilaporkan jauh meleset dari jangkaan tambah memburukkan keadaan.
Yen yang merupakan antara matawang “safe-haven” selain Dollar dan Swiss Francs, terus mendapat permintaan walaupun pasaran mengetahui BoJ akan terus melaksanakan program ransangan “Abenomics ” versi 2.0 yang sudah pastinya melemahkan Yen. Walaupun Jepun merupakan negara maju yang paling banyak berhutang, kekukuhan kewangan pelabur tempatan dan pembelian oleh BoJ menyebabkan proses penerbitan hutang masih berjalan lancar.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data ekonomi “CPI”, “capacity utilization”, “industrial utilization” dan “consumer sentiment” yang bakal mencorakkan permintaan untuk Dollar selanjutnya. Keempat-empat data itu yang dijangka meleset dan ditambah dengan keadaan pasaran global yang goyah; Yen dijangka terus mendapat permintaan hari ini.