Dollar Yen terus memacu naik untuk hari ketiga Khamis semalam, lebih 65 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥122.85 sebelum menutup sekitar paras ¥122.55; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada kenaikan kadar Federal Reserve AS sebanyak 25 mata asas dan memberikan pandangan yang positif untuk ekonomi Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, para traders berganjak daripada ‘safe-haven’ Yen selepas laporan menunjukkan bahawa eksport Jepun jatuh jauh di bawah jangkaan.
Teks kenyataan FOMC sekurang-kurangnya sama negatif dengan jangkaan pasaran, menunjukkan bahawa dengan “pelarasan beransur-ansur dalam pendirian dasar monetari, aktiviti ekonomi AS akan terus berkembang pada kadar sederhana dan pasaran buruh akan terus mengukuh”. Unjuran kadar jangka panjang juga tidak diturunkan. Kecenderungan negatif itu adalah sepenuhnya dalam teks kenyataan FOMC dan disokong dari gaya dan sidang media Pengerusi Feds Janet Yellen.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Jepun, imbangan perdagangan negara matahari terbit itu tergelincir kembali ke dalam defisit pada bulan November, tetapi hampir 60% lebih rendah daripada tahun sebelumnya; kerana penurunan import hanya mengatasi penurunan dalam eksport sebanyak 3% sahaja. Permintaan yang lemah di luar negara, terutamanya dari China, telah menjadi cabaran yang berterusan kepada Jepun dalam perjuangan untuk memastikan pemulihan ekonominya berada di landasan yang betul.