Dollar Yen terus memacu naik, lebih 110 pips Khamis semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.75 sebelum menutup sekitar paras 120.70; setelah Dollar AS meningkat berbanding mata wang berkaitan komoditi kerana pasaran saham China merosot, manakala saham meningkat mendadak di Bursa Saham Tokyo terutamanya dengan harapan untuk ransangan kewangan tambahan oleh Bank of Japan
Di pasaran Jepun, perbelanjaan oleh pelancong asing di Jepun mencecah ¥2.60 trilion ($21.7 bilion) dalam tempoh Januari-September, melepasi paras paling tinggi daripada ¥2.28 trilion bagi keseluruhan tahun lepas, menurut kerajaan Jepun semalam. Perbelanjaan pada suku Julai-September pula berjumlah kira-kira ¥1.001 trilion.
[adrotate group=”6″]
Mood pasaran mula suram selepas Jepun mencatatkan angka pertumbuhan eksport yang paling lemah dalam tempoh 13 bulan, ditandai dengan 3.5% penurunan tahunan eksport ke China pada bulan September lalu. Seterusnya, pasaran saham utama China jatuh 3.1%. Bank of Canada pula menurunkan unjuran pertumbuhan bagi 2016 dan 2017. Selain itu, harga minyak menurun 2.3% kepada $45.20 setong.