Dollar AS terus memacu sejak laporan inflasi yang positif Jumaat lalu dan komen Janet Yellen, yang kemudiannya disokong oleh data-data yang kukuh pada Selasa, dengan keyakinan pengguna yang melambung tinggi dan pesanan teras barang tahan lama yang baik. Kadar tukaran USD|JPY terus memacu naik lebih 120 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 124.05 sebelum menutup sekitar paras 123.60
Dollar AS melonjak selepas pengumuman data ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan, dan sebelum daripada itu ucapan pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen minggu lalu, apabila dia mengesahkan kenaikan “interest rate” jika pemulihan ekonomi AS berterusan. “Pasaran mentafsir kata-katanya bahawa Feds adalah komited untuk pemulihan ekonomi dan kenaikan “interest rate” kini hanya menunggu masa sahaja,” menurut pengarah urusan strategi pertukaran matawang asing BK Asset Management Boris Schlossberg.
Data-data ekonomi yang kukuh termasuklah kenaikan 6.8% dalam jualan rumah baru, lebih baik daripada jangkaan. Juga, pesanan barangan tahan lama merosot sedikit tetapi pesanan teras meningkat 1%, lebih baik dari jangkaan sebanyak 0.3%. Keyakinan pengguna juga meningkat kepada 95,43, meningkat daripada 94.3 pada bulan April. Dollar AS mengukuh secara menyeluruh, mendapat permintaan yang lebih berbanding dengan Yen.
[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]