Dollar Yen merudum lebih 120 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 125.05 untuk mencecah paras terendah sekitar 123.75, sebelum menutup sekitar paras 124.10; selepas laporan “average cash earning” tahunan Jepun keluar lebih baik dari jangkaan dan “factory orders” bulanan Amerika Syarikat pula meleset jauh dari jangkaan.
Sebelum daripada itu, mata wang AS mengukuh berbanding 13 daripada 16 matawang utama sejak minggu lalu, selepas Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen berkata pada bulan lepas, bahawa dia menjangka untuk meningkatkan “interest rate” pada 2015. Yen telah jatuh lebih daripada 30% sejak 2012 setelah Bank of Japan membeli bon untuk menjana ekonomi dan merangsang inflasi.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan “trade balance” dan “ISM Non-Manufacturing PMI”. Defisit dagangan dijangka bertambah baik dengan penurunan dari -$51.4 bilion kepada -$43.9 bilion. Namun “ISM non-manufacturing PMI” dijangka meleset dari 57.8 kepada 57.1