Dollar Yen yang menyusut lebih 60 pips sepanjang sesi dagangan Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, dari paras tertinggi sekitar 120.35; memacu naik semula pada petang New York, sebelum menutup pada sekitar 120.10, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|JPY untuk berada di atas pivot hari ini, sekitar 120.05 ketika artikel ini ditulis.
Di pasaran Jepun semalam, Bank of Japan dalam sidang medianya mengesahkan untuk terus mengekalkan kadar ransangan ekonominya pada 80 trillion Yen ($666) setahun, seperti yang dijangkakan oleh 34 pakar ekonomi yang dibanci Bloomberg. Menurut Junichi Makino, pakar ekonomi di SMBC Nikko Securities, BoJ berdiam diri buat masa ini, tetapi menjangkakan peningkatan ransangan pada Oktober ini, ekoran laporan inflasi yang masih dibawah sasaran.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran terutamanya jika data “unemployment claims” Amerika Syarikat kurang dari jangkaan 283 ribu. Laporan sebelumnya adalah pada 268 ribu pemohon.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni