Dollar Yen jatuh merudum lebih 210 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 120.40 sebelum menutup sekitar paras 120.70; setelah Yen mendapat lebih permintaan dari Dollar dalam dagangan untuk matawang ‘safe-haven’; kesan dari krisis Grexit yang masih berpanjangan dengan penutupan bank-bank Greece sejak Isnin dan pemimpin Euro-Zone yang meletakkan tarikh akhir Ahad ini untuk Athens mengelakkan kebankrapan.
Laporan akaun semasa Jepun semalam yang lebih baik dari jangkaan, membantu memberikan mata wang Jepun sedikit momentum belian. Jepun mencatatkan lebihan dalam akaun semasa untuk 11 bulan berturut-turut lantaran harga minyak yang lebih rendah mengurangkan defisit dagangan, menunjukkan syarikat mempunyai peluang yang lebih besar untuk meningkatkan pelaburan kerana kos untuk aktiviti perkilangan telah pun turun.
Lebihan akaun semasa berjumlah ¥1.88 trilion ($15.36 bilion), berbanding ramalan median bagi lebihan ¥1.54 trilion, menurut data Kementerian Kewangan Jepun Rabu semalam. Data akaun semasa juga menunjukkan eksport untuk Mei jatuh berbanding tempoh yang sama, setahun sebelumnya untuk kali pertama dalam tempoh 27 bulan.
Ekonomi Jepun dijangka perlahan pada suku kedua, ekoran banyak syarikat bakal menggunakan kebanyakan inventori yang dibina mereka pada suku sebelumnya.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni