Yen melemah di Sesi Asia pada Khamis selepas data harga perkhidmatan korporat menunjukkan keuntungan yang lebih tinggi dari jangkaan awal. Sementara itu, pasaran masih bertumpu kepada ucapan Presiden Fed pada Jumaat ini.
USD/JPY meningkat 0.10%, sementara AUD/USD merosot 0.04%.
Di Jepun, Indeks harga perkhidmatan korporat meningkat 0.4%. Manakala di Australia, perbelanjaan bagi modal swasta suku kedua mencatat junaman 5.2%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 94.73.
Semalam, matawang gergasi ini melonjak lebih tinggi berbanding matawang lain pada Rabu walaupun data jualan rumah sedia ada direkod rendah. Hal ini berikutan sentimen UD Dollar yang kekal kukuh menanti ucapan dari Yellen Jumaat nanti.
Persatuan Kebangsaan Realtors AS berkata, jualan rumah sedia ada menurun pada bulan Julai sebanyak 5.39 juta unit. Sebelum ini, jualan rumah dicatat pada angka 5.57 juta unit bagi bulan Jun.
Pelabur dilihat begitu gelisah menanti ucapan presiden Fed pada penghujung minggu ini berikutan komen-komen agresif dari pegawai Fed minggu lepas menunjukkan percanggahan pendapat diantara mereka. Fed Rate Monitor Tool menjangkakan kenaikan 18% untuk peluang kenaikan kadar pada September berbanding 12% yang diramal minggu lalu.