Harga minyak mentah naik lebih tinggi pagi ini menjelang laporan data perdagangan dari China. Laporan dari pengimport kedua terbesar dunia itu diramal bakal memberi impak serantau.
Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah meningkat kepada $ 41.69 setong.
Laporan mingguan data simpanan Amerika Syarikat yang akan dimum pada Selasa dan Rabu akan diteliti bagi memberi isyarat bekalan dan permintaan. Selain dari itu, laporan bulanan daripada OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa juga penting bagi mengukur tahap bekalan dan permintaan global.
Pun begitu, pada minggu lepas, harga minyak mentah membuat junaman pada akhir sesi dagangan Jumaat berikutan pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat (NFP).
Selepas itu, harga mula melonjak sejurus selepas data positif dikeluarkan. Perkhabaran gembira ini sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi terbesar dunia itu.
Namun, harga kembali turun selepas pengukuhan US Dollar ke paras tertinggi dalam tempoh seminggu. Harga komoditi ini biasanya melemah apabila Dollar mengukuh. Penurunan itu dikuatkan lagi dengan laporan bilangan pelantar penggerudian minyak yang meningkat pada minggu lalu. Kenaikan itu dilaporkan oleh pembekal perkhidmatan medan minyak, Baker Hughes, yang mencatatkan peningkatan ke-9 dalam 10 jangka masa 10 minggu.
Disamping itu, Brent menyusut 2 sen pada hari Jumaat.
Ada yang sudak terjebak dengan wabak ‘Catch ’em all’? Selain Malaysia, ada 15 buah negara Asia lagi yang sudah available dengan aplikasi Pokemon Go ini. Nak tahu? Baca disini.