Harga minyak mentah hari ini dilihat menurun akibat lebihan minyak dan dijangka perkara ini akan berterusan dalam inventori minyak mentah malam esok.
Harga minyak mentah meneruskan penurunan sebanyak 1% berbanding semalam disebabkan oleh supply yang berlebihan.
“Harga yang didagangkan kelihatan lebih volatile pada waktu pasaran Asia, pelabur dan pedagang masih dalam keadaan menanti ke manakah harga akan pergi. Ia dilihat seperti hujung pisau antara optimistik dan pesimistik.” Kata Ben Le Brun, penganalisa OptionExpress Sydney.
Pasaran masih menantikan data saham minyak mentah Amerika Syarikat untuk arah yang lebih jelas. Data tersebut akan dikeluarkan pada selasa dan rabu, waktu Amerika.