Dalam dunia yang serba moden ini, saya percaya Instagram bukanlah sesuatu yang asing buat kita semua. Bermula dengan hanya beberapa features asas, kini Instagram tampil dengan pelbagai kemudahan yang menjadikan penggunanya semakin ramai dari hari ke sehari.
Rasa terlalu cepat apps ini ‘membesar’ kan?
Aplikasi yang telah menginjak usia 7 tahun itu dan dibeli oleh syarikat Facebook pada tahun 2012. Mereka juga telah berkongsi pejabat di Hacker Way.
Kini, Instagram mula berpindah ke dalam bangunan sendiri bersaiz sebesar tiga tingkat tidak jauh dari ibu pejabat utama Facebook yang terletak di Menlo Park, California.
Bagi merealisasikan impian Instagram untuk menjadikan bangunannya seperti dalam aplikasi 3D, mereka telah bekerjasama dengan firma reka bentuk, Gensler.
Kira-kira 350 orang pekerjanya juga boleh mendapat akses kepada kedai kopi ‘Blue Bottle’ dan pelbagai ruangan yang mempunyai latar belakang yang amat sempurna untuk dimuatnaik dalam Instagram.
Menarik bukan?
Berikut adalah beberapa gambar-gambar menarik di dalam bangunan ini yang bakal buat anda terpegun!
Kisah Inspirasi Milik Pengasas Starbuck Ini Bakal Buat Anda Kagum!