Dalam dunia serba moden ini, pasti anda tak boleh duduk diam tanpa internet kan?
Tak kiralah wifi percuma atau pun berbayar, internet pastinya tempat lepak kebanyakan individu dalam zaman ini, kan?
Jadi, sesuai dengan kehendak semasa, Telekom Malaysia Bhd telah mengumumkan Pelan Penambahbaikan Jalur lebar untuk tahun 2017 bagi menyediakan rakyat Malaysia dengan kemudahan internet yang murah serta laju!
Di bawah rancangan ini, Telekom akan menyediakan kemudahan Unifi dua kali ganda pada harga yang sama. Syarikat itu mengumumkan manfaat tersebut bermula awal 2017 secara berperingkat-peringkat.
Telekom juga akan menawarkan pakej jalur lebar baru buat pelanggan bukan Unifi pada tahun depan. Setakat ini sahaja,pelanggan jalur lebar syarikat tersebut telah mencecah seramai 2.37 juta orang dengan 900,000 individu adalah pengguna Unifi.
Benar atau tidak, kita nantikan!