CEO Facebook Ini Untung $1.6 Billion Minggu Lepas !

50

Kekayaan Mark Zuckerberg meningkat sebanyak 1.6 billion US dollar minggu lepas kepada jumlah tertinggi iaitu 56.6 billion US dollar. Saham Facebook meningkat ke tahap tertinggi minggu lepas  iaitu 132 US dollar seunit.

Saham Facebook itu meningkat sebanyak 1.50% pada Jumaat yang menjadikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-lima terkaya di dunia sebagaimana yang dilaporkan oleh The Forbes. Rakan pengasasnya Eduardo Saverin dan Dustin Moskovitz pula masing-masing mendapat 200 dan 300 juta US dollar.

Rajah di bawah menunjukkan carta bagi saham Facebook. Saham FB hanya berharga dalam lingkungan 20 US dollar pada tahun 2012 dan pada hari ini saham FB didagangkan pada harga 133 US dollar semasa artikel ini ditulis iaitu peningkatan sebanyak 530% sejak 2012.

 

 

Sumber: Trading view
Sumber: Trading view

Facebook dijangka akan terus mendapat pendapatan positif yang banyak disumbangkan oleh pengiklanan video.

Zuckerberg dan isterinya, Priscila Chan berhasrat untuk menyumbangkan 50% daripada kekayaan mereka. Bulan lepas, pasangan ini juga dilaporkan mahu menyumbangkan 99% saham facebook mereka dan 3 billion US dollar untuk kajian pencarian penawar penyakit sepanjang 10 tahun ke depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat