Harga emas kembali jatuh dalam sesi ini apabila Fed meninggalkan kadar tidak berubah.
Emas di Comex jatuh kembali sebanyak 0.68%.
Juga di Comex dagangan silver futures dan copper futures kedua-duanya jatuh sebanyak 0.78% dan 0.14%.
Fed dikatakan mengekalkan kadar pada tahap tidak berubah hari ini. Selain itu, Fed tidak mengeluarkan gambaran yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar bulan November nanti.
Dalam mesyuarat FOMC awal pagi tadi, penggubal dasar mengundi sebanyak 8-2 untuk kenaikan kadar bulan Disember selepas mengekalkan kadar pada bulan November.
Semalam, harga emas menambah keuntungan berganda semasa sesi Eropah dan meningkat di atas paras $1,300 untuk kali yang pertama sejak awal Oktober lalu. Kenaikan harga ini dirangsang oleh permintaan emas sebagai asset yang selamat berikutan ketidaktentuan pasaran.
Harga logam kuning turut melonjak pada Selasa sebanyak 1.17% kerana pelabur kekal berhati-hati menjelang pilihanraya presiden AS.
Dalam undian terkini, Donald Trump telah mengungguli carta berbanding Clinton gara-gara isu e-mel peribadi yang semakin mencetuskan kontroversi sejak Jumaat lalu.