Ekonomi China Masih Kekurangan Momentum

45

Sebentar tadi data Caixin China services purchasing managers index (PMI) dikeluarkan yang mencatatkan bacaan 52.4 yang meningkat daripada 52.0 pada bulan sebelum. Manakala jangkaan penganalisis pula ialah 52.5

Data ini adalah hasil daripada tinjauan yang diambil dari 400 purchasing manager tentang keadaan perniagaan dalam syarikat mereka yang melibatkan pekerjaan, tempahan baru, harga, penghantaran dan inventori. Data di atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dan sebaliknya di bawah 50.

Zhengsheng seorang penganalisi ekonomi di CEBM Group mengatakan secara keseluruhan ekonomi berkembang pada bulan Oktober pada kadar yang kukuh. Mungkin juga hal ini akan berterusan dalam tempoh suku keempat ini. Tetapi adalah penting polisi yang menyokong diteruskan kerana kurangnya momentum pertumbuhan dalam ekonomi China.

Pertumbuhan ekonomi China masih stabil pada kadar 6.7%. Pun begitu, pertumbuhan dijangka sederhana kerana ekonomi China sedang berada dalam transisi ekonomi eksport kepada perkhidmatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat