Yen melemah dalam sesi Asia pada Jumaat berikutan pasaran masih menilai keadaan monetari di peringkat global sehingga akhir tahun ini, temasuk Federal Reserve.
USD/JPY meningkat 0.10%, manakala AUD/USD didagang meningkat 0.09%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 95.31.
Semalam, US Dollar terus mengalami kerugian berbanding matawang utama yang lain pada hari Khamis berikutan keputusan Fed menetapkan kadar tidak berubah.
Pun begitu, bank pusat AS memberi isyarat bahawa dasar boleh diketatkan sebelum akhir tahun ini jika pasaran kerja bertambah baik.
Pasaran sebelum ini mengetepikan laporan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat yang menunjukkan pengurangan jumlah pengangguran pada minggu berakhir 17 September sebanyak 8,000 hingga 252,000 orang daripada minggu sebelumnya.
Dalam satu laporan berasingan, AS melaporkan bahawa jualan rumah sedia ada menurun sebanyak 0.9% pada bulan Ogos.
Di Jepun, pasaran masih mencerna keputusan bank pusat negara itu untuk mengekalkan kadar serta mengembangkan program pembelian asetnya pada Rabu.