Aussie Dollar yang jatuh leih 165 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.6985, kembali mendapat permintaan sepanjang sesi New York untuk kembali memacu naik lebih 149 pips untuk menutup sekitar paras $0.7105; setelah Dollar AS lemah berterusan, didagangkan berhampiran tahap paling lemah sejak 2014, selepas Janet Yellen memberi isyarat bahawa Federal Reserve AS boleh menangguhkan lagi kenaikan kadar, sekiranya kegawatan dalam pasaran global berterusan. Dalam pada itu, pasaran saham Australia bangkit daripada paras terendah dalam masa 2-1/2 tahun.
Indeks Dollar Bloomberg yang mengukur kekuatan Dollar berbanding 10 matawang utama lain, berada sekitar paras terendah sejak November lalu, selepas komen Janet Yellen mulanya menyokong pasaran saham Amerika, sebelum ianya berundur. Manakala pasaran saham Australia mencatatkan penurunan empat hari berturut-turut, disaat pasaran niaga hadapan indeks AS merosot.
[adrotate group=”6″]
Pada masa yang sama, pasaran di tanah besar China dan Taiwan ditutup untuk sepanjang minggu sempena cuti Tahun Baru China, manakala Jepun kembali buka hari ini. Strategis kanan matawang Wespac, Sean Callow berkata, Dollar Australia semakin meningkat berikutan kenaikan pasaran saham Eropah dan kemerosotan Dollar AS, ekoran Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen yang memberi isyarat kenaikan kadar yang lewat.