Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7680 ke setinggi $0.7735, sebelum menutup sekitar paras $0.7730; setelah RBA menyiarkan laporan Kajian Kestabilan Sistem Kewangan Australia yang memberansangkan, namun Dollar yang kembali mengukuh mengekang kenaikan Aussie ke paras yang lebih tinggi.
The New Zealand Herald berkata Dollar Australia meningkat selepas laporan sektor pekerjaan menunjukkan kadar pengangguran tidak disangka-sangka jatuh kepada paras terendah dalam dua setengah tahun pada bulan Mac dan pertambahan pekerjaan meningkat lebih daripada ramalan. Laporan datang selepas data perdagangan China yang meyakinkan.
[adrotate group=”6″]
Laporan rakan dagang terbesar Australia itu sedang mengurangkan inventori dagangan mereka, menjana keyakinan tentang peningkatan dalam ekonomi Australia, sekaligus mendorong trader untuk menarik kembali spekulasi mereka untuk potensi penurunan kadar RBA pada masa depan. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia mahupun AS hari ini.