Aussie Dollar jatuh lebih 75 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7598 sebelum menutup sekitar paras $0.7601; setelah pasaran menunjukkan respons yang sedikit untuk lonjakan dalam kelulusan bangunan dan jualan runcit meleset dari jangkaan. Pada masa yang sama, harga bijih besi telah meningkat lebih tinggi, di tengah-tengah ramalan kenaikan harga dari satu pengeluar Australia yang berharap komoditi itu dapat mengelakkan kelemahan selanjutnya.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, harga bijih besi berada dalam dagangan tidak menentu, melonjak 19% pada satu sesi dagangan selepas China mengumumkan rancangan untuk pelaburan infrastruktur secara besar-besaran, sebelum jatuh kembali ke paras sebelumnya. Dalam pada itu, jualan runcit Australia pada bulan Februari dicatatkan tidak berubah, datang jauh di bawah jangkaan pertumbuhan 0.4% di kalangan ahli ekonomi yang dibanci.
[adrotate group=”6″]
Keadaan jualan runcit yang statik adalah satu langkah ke belakang daripada pertumbuhan jualan runcit bulan Januari lalu, sebanyak 0.3% peratus, yang mengikuti bacaan Disember yang mencatatkan pertumbuhan sifar daripada bulan sebelumnya, menurut data dari Biro Perangkaan Australia. Jualan runcit selepas diselaraskan dengan inflasi, telah meningkat 0.6% dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember, di atas daripada 0.5% yang disemak pada suku yang berakhir 30 September lalu.
Hari ini RBA akan mengumumkan keputusan kadar yang dijangka tidak berubah pada 2% dan Amerika Syarikat pula akan mengumumkan PMI bukan pembuatan yang dijangka meningkat dari 53.4 mata kepada 54.1 mata.