Aussie dan kiwi mencatat nilai lebih tinggi berbanding US Dollar pada Selasa berikutan komen Gabenor RBNZ, Graeme Wheeler dan pergerakan Dollar yang melemah.
NZD/USD meningkat 0.63%, yang tertinggi sejak 11 Ogos.
Kiwi menguat usai kenyataan Wheeler mengenai langkah-langkah pelonggaran dasar kadar faedah semasa bank tersebut. Pun begitu, beliau tidak melihat sebarang keperluan bagi penurunan kadar.
Sementara itu, AUD/USD meningkat kepada 0.26%.
Dalam masa yang sama, matawang Greenback mengalami tekanan sementara menanti ucapan Pengerusi Fed iaitu Janet Yellen pada Jumaat ini.
Pelabur berharap Yellen akan memberikan petunjuk yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar pada masa akan datang.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar kali terakhir dinilai pada 94.38.