Aussie melonjak pada hari Rabu kerana peningkatan yang dicatatkan terhadap sentimen pengguna bagi bulan Oktober. Pasaran juga setia menunggu minit mesyuarat FOMC bulan September yang bakal dikeluarkan minggu ini.
AUD/USD menguat dalam sesi ini, sebaliknya buat USD/JPY yang merosot sebanyak 0.07%.
Sementara itu, GBP/USD melompat mendadak sebanyak 1.07% walaupun kebimbangan terhadap Brexit masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini.
Di Australia, indeks sentimen pengguna Wetspac meningkat kepada 1.1% bagi bulan Oktober.
Ketua ekonomi Westpac, Bill Evans berkata bahawa RBA tidak mungkin akan mengurangkan kadar tunai pada bulan November. Hal ini kerana gabenor RBA yang baru menekankan sepenuhnya perihal “kestabilan kewangan”.
Sementara di Jepun, data pesanan jentera turut memberi berita gembira apabila dilaporkan meningkat berbanding sebelum ini.
US Dollar Index dilaporkan berada pada nilai 97.72.
Semalam, US Dollar kekal berada pada paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan.
Masih ada yang keliru dengan ‘Soft Brexit’ dan ‘Hard Brexit’? Baca perincian team moshed dalam artikel ini!