Moshed.Com Mengulas Secara Terperinci Perbezaan Antara ‘Hard Brexit’ dan Soft Brexit’ Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

132

Terlalu banyak perdebatan yang membincang isu Brexit ini sejak Jun yang lalu, sehinggakan junaman tajam yang dibuat oleh Pound minggu lepas juga dikaitkan dengan ‘hard Brexit’.

Persoalannya, apakah perbezaan antara soft dan hard Brexit sehinggakan pengumuman ‘hard Bexit’ oleh Theresa May baru-baru ini dianggap malapetaka buat pasaran kewangan!

Jadi, kami rungkaikan isu ini secara mendalam di dalam artikel ini.

Soft Brexit

Selepas mengambil keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah, UK tidak lagi menjadi salah seorang ahli di dalam Majlis Eropah, mahupun berhak ke atas mana-mana keputusan yang telah dibuat oleh blok terbabit.

UK juga tidak lagi berada di bawah naungan Parlimen dan Pesuruhjaya Eropah.

Pun begitu UK masih boleh mendapatkan akses penuh kepada pasaran tunggal Eropah.

Lebih terperinci lagi, ‘Soft Brexit’ bermakna hubungan UK dan kesemua negara dibawah naungan EU perlu diletakkan sehampir mungkin. ‘Soft Brexit’ ini lebih digemari bagi pengundi yang berkempen supaya UK kekal di dalam referendum.

Kami katakan demikian kerana barangan dan perkhidmatan akan diniagakan dari UK kepada negara-negara EU secara bebas tanpa sebarang caj tarif. Firma kewangan juga boleh meneruskan akses masuk ke negara-negara terbabit untuk meneruskan operasi serta mengendalikan cawangan mereka di pasaran EU.

Buat masa sekarang, negara-negara yang bukan ahli EU tetapi masih layak mendapat akses ke pasaran ekonomi Eropah ialah Norway, Iceland dan Liechtenstein.

Sebagai pulangan, negara-negara ini perlu membuat bayaran untuk dimasukkan ke dalam belanjawan EU. Apa yang lebih penting dari itu, negara ini mesti menerima “4 kebebasan” iaitu pergerakan keluar masuk barangan, perkhidmatan, modal dan sumber manusia.

Mereka juga tertakluk kepada undang-undang EU yang berpengkalan di Luxembourg.

Hard Brexit

‘Hard Brexit’ akan menyaksikan UK melepaskan akses penuh terhadap pasaran tunggal, keahlian kesatuan, termasuk keanggotaan EU.

‘Hard Brexit’ akan memberikan kawalan penuh Britain terhadap sempadannya tanpa campur tangan kuasa asing. Britain juga berkuasa dalam membatalkan perjanjian perdagangan terhadap mana-mana negara serta mengenakan undang-undang baru di dalam wilayahnya.

Barangan dan perkhidmatan British juga akan tertakluk kepada tariff, iaitu tambahan 10%, contohnya kepada kos kereta yang dieksport. Sektor pertanian juga boleh kehilangan perlindungan terhadap import dari luar negara.

Buat masa ini, UK boleh mencari ruang untuk melaksanakan perjanjian perdagangan yang baru bagi mengurangkan tarif, ataupun perjanjian dengan mana mana negara yang tidak mengenakan sebarang tarif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat