Emas meluncur turun pada sesi Asia berikutan data yang mengecewakan dari China.
Di Comex, emas jatuh 0.32% satu troy ounce.
Copper futures juga merosot 0.18% kepada $2,183 sepound manakala silver futures berkurang 0.06% satu troy ounce.
China yang merupakan pengimport utama dunia, dan pembeli emas kedua terbesar di belakang India, sebelum ini melaporkan data yang agak mengecewakan. Angka pelaburan aset tetap, pengeluaran industri dan jualan runcit diumumkan tersasar dari ramalan awal.
Semalaman, emas dilaporkan melemah, berbanding Dollar yang agak stabil apabila pelabur semakin berhati-hati menanti laporan dari ekonomi AS itu.
Juga pada Khamis, majlis emas dunia mendedahkan permintaan bagi logam kuning meningkat kepada 1064 tan berbanding separuh pertama tahun 2016. Yang ketara, peneraju utama dalam kenaikan ini lebih memihak kepada emas pelaburan berbanding barang kemas.
Para pelabur juga semakin meneliti keputusan yang dikeluarkan Macy Inc Corporation dan Kohl berkenaan pengumuman data runcit bulanan AS oleh Biro Banci AS.
Jika Fed menaikkan kadar pada hujung tahun ini, harga emas dijangka akan merosot. Pun begitu, komoditi ini masih meneruskan saingan dengan asset lain, yang juga membawa pulangan yang tinggi.
Walau apa pun yang bakal terjadi dengan ekonomi, China telah bersedia! Baca ulasan Tim Moshed.com semalam disini.