Harga emas menjunam pada Isnin berikutan persidangan kemuncak G-20 mencapai kata sepakat bagi menyelaraskan dasar monetari dan fiskal secara global.
Emas bagi penghantaran Disember jatuh 0.12% kepada $1,326.50 satu troy ounce.
Pada minggu ini, Bank Pusat Eropah yang bakal bermesyuarat pada Khamis bagi meneliti rangsangan monetari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, China juga bakal mengeluarkan data inflasi dan laporan perdagangan dalam minggu ini.
Sepanjang minggu lepas, logam kuning merekod peningkatan sebanyak 80 sen atau 0.06%, berikutan pasaran masih berteka-teki dengan jangkaan kenaikan kadar.