Harga minyak mula meroket dalam sesi Asia pada Jumaat sambil menanti keputusan data kiraan pelantar minyak di Baker Hughes. Pasaran minyak mentah juga sedang bersedia bagi menghadapi sebarang risiko dalam sesi dagangan yang tidak menentu menjelang pilihanraya.
Minyak mentah bagi bulan Disember meningkat 0.27% kepada $44.78 setong. Minyak brent juga dilaporkan meningkat sebanyak 0.26%.
Kedua-dua calon utama presiden dikatakan mempunyai pendirian berbeza terhadap dasar sumber tenaga, termasuk penggunaan tanah persekutuan untuk tujuan penerokaan dan hubungan diplomatik dengan pengeluar-pengeluar minyak utama dunia.
Minggu lalu, perkhidmatan minyak di Baker Hughes melaporkan penurunan jumlah pelantar minyak buat kali yang pertama sejak Jun lalu.
Semalam, harga minyak kembali stabil setelah jatuh lebih 3% dalam sesi Eropah gara-gara data menunjukkan bekalan minyak mentah di AS meningkat.
Pasaran minyak mentah juga terus diganggu kontroversi terhadap keputusan pembekuan bekalan oleh OPEC pada penghujung bulan ini. Pasaran kekal ragu-ragu dan beranggapan bahawa anggota OPEC akan pulang dengan tangan kosong kerana ramai kuasa besar enggan bekerjasama dalam menangani isu ini.
Ini Antara Data Yang Bakal Menjadi Petunjuk Kepada NFP Malam Ini