Ini Antara Data yang Menjadi Petunjuk Kepada NFP Malam Ini

47

Semalam pada pukul 8.30, Jabatan Buruh US mengeluarkan data jumlah pengangguran pada tarikh berakhir 28 Oktober. Jumlah ini meningkat sebanyak 7,000 kepada 265,000 dari jumlah 258,000 pada minggu sebelum. Jangkaan penganalisis adalah 257,000 menunjukkan data yang dikeluarkan semalam adalah tidak baik kepada pasaran buruh.

Tuntutan atau permohonan insurans pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 87 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting untuk, bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Sepertimana pemain pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga memberikan gambaran jumlah penduduk yang sedang menganggur.

Jumlah rakyat US yang akan terus menerima faedah dari insurans ini jatuh sebanyak 14,000 kepada 2.026 juta pada minggu yang berakhir pada 21 Oktober.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum dengan kadar pengangguran di bawah 5%.

Malam ini 4 November, data gunatenaga atau indikator terpenting dalam ekonomi US yang selalu memberi kesan besar kepada pasaran iaitu Non-Farm Payroll (NFP) akan diumumkan. Penganalisis menjangkakan peningkatan kepada 175,000 pada bulan lepas dan kadar pengangguran susut kepada 4.9%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat