Data pengangguran UK yang dikeluarkan semalam menunjukkan meningkatan yang tinggi daripada jangkaan 1,900 yang mencatatkan 9,800 orang yang memohon bantuan pengangguran pada Oktober. Catatan ini adalah yang tertinggi sejak lima bulan lepas yang diikuti 5,600 pada September.
Pun begitu, kadar pengangguran semakin baik dengan penyusutan sebanyak 0.10% kepada 4.80% yang merupakan di bawah jangkaan 4.90%. Ini adalah kadar terendah yang direkodkan dalam masa 11 tahun yang akan mampu memberikan keyakinan dalam pasaran buruh U.K.
Gunatenaga (employment) meningkat 49,000 dalam masa tiga bulan sehingga September lebih perlahan daripada bacaan yang dicatatkan tiga bulan sebelum itu sebanyak 172,000.
Manakala dalam data berlainan purata gaji (average earnings) tak berubah pada paras 2.30%. Sementara bacaan tak termasuk bonus meningkat kepada 2.40% dari 2.30%.
Bank of England (Bank Pusat Britain) akan terus memantau data gaji pekerja untuk melihat sebarang bukti tekanan inflasi dan keadaan semasa pasaran buruh U.K. Tahun depan akan menjadi tahun yang penting untuk melihat kesan-kesan ini dengan 2017 hanya berbaki kurang dua bulan. Dengan data inflasi yang terus meningkat akan memberi tekanan kepada kadar upah. Pun begitu, kadar semasa tidaklah merisaukan pihak bank pusat.
Tren yang menaik dalam Claimant Count ini menunjukkan pasaran buruh yang mudah terkesan berikutan tekanan upah yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat di U.K. Syarikat perlu mengawal polisi gaji pekerja untuk mengelakkan tekanan kos operasi mereka.
Sejurus sahaja data ini dikeluarkan GBP/USD masih dilihat berada di atas paras 1.2450, manakala EUR/GBP cuba menembusi Support 0.8600.