Sebentar tadi data durable goods US turut dikeluarkan di mana data durable goods mencatatkan data yang negatif. Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang contohnya mesin.
Bacaan tempahan Durable good pada bulan November merosot 4.60% berbanding bacaan pada Oktober yang mencatatkan peningkatan 4.60%. Penganalisis menjangkakan data ini merosot lebih banyak iaitu 4.9%.
Jika tidak mengambilkira pengangkutan, tempahan baru boleh meningkat sebanyak 0.5%. Data inilah yang dipanggil sebagai core durable goods.
Data pada hari ini menunjukkan peningkatan dalam tempahan barangan peralatan elektrik dan elektronik. Data yang dipanggil sebagai core-capital goods ini meningkat 0.30% pada Oktober.
Tempahan durable goods digunakan untuk melihat kekuatan sektor pembuatan US yang mewakili 12% daripada keluaran dalam negara kasar, KDNK negara ini.
Walaupun data pada hari ini tidak memberangsangkan, ekonomi US masih dilihat mengakhiri tahun 2016 dengan ekonomi yang kukuh. Sebentar tadi data KDNK (GDP) yang dikeluarkan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.5% pada suku ketiga berbanding sebelum ini 3.2%.