Dollar Australia dan New Zealand didagang rendah berbanding US Dollar pada Isnin. Hal ini berikutan harapan kenaikan kadar AS yang akan datang terus menyokong kekuatan matawang Greenback.
AUD/USD merosot 0.45% kepada 0.7594, yang paling rendah sejak 4 Ogos.
Kekuatan Greenback melonjak sebaik sahaja Presiden Fed San Francisco mengutarakan pendapat agresif berkenaan kenaikan kadar seawal September.
Menurut beliau, dalam konteks ekonomi yang kukuh beserta momentum yang baik bakal menaikkan kadar secara beransur-ansur dengan lebih awal.
Sementara itu, NZD/USD menjunam 0.65%.
US Dollar index yang melawan kekuatan matawang lain kali terakhir dinilai pada 94.48.