Zon ekonomi Euro perlu terus berkembang pada kadar sederhana walaupun terdedah kepada risiko pertumbuhan ekonomi yang lembap dan ketidaktentuan politik yang terus menghantui pasaran.
ECB juga berpendapat bahawa sektor pekerjaan perlu terus meningkat dan memulih untuk suku yang akan datang selaras dengan dasar kewangan bagi bulan Oktober.
Buat masa ini, buletin ekonomi bank terbabit berkata bahawa data perdagangan global masih lemah namun trend dilihat sudah kembali melonjak.