Ekonomi Kanada berkembang sebanyak 0.2% pada September berbanding 0.4% yang dicatatkan pada Ogos.
Kanada agak unik kerana Jabatan Statistik mereka mengeluarkan data KDNK (GDP) setiap bulan yang tak banyak negara berbuat demikian selain mengeluarkan data suku tahunan.
Pertumbuhan ini banyak disumbangkan oleh aktiviti pengeluaran yang termasuk carigali. Aktiviti carigali dan petroleum sahaja meningkat sebanyak 1.4%.
USD/CAD menyusut sebanyak hampir 20 pip ke paras1.3361 dari 1.3380 sejurus data dikeluarkan. Penyusutan ini berikutan data positif yang dikeluarkan semalam.
Seperti yang kita tahu, KDNK (GDP) adalah satu indikator (pembolehubah) yang amat penting bagi menentukan kesihatan ekonomi sesebuah negara. Nilai matawang selalunya akan menguat jika data KDNK adalah baik seperti yang kita lihat pada matawang Loonie ini semalam.
Namun perlu diingat kita tidak dapat untuk mengetahui secara tepat jangka masa sesuatu matawang itu menguat.
Perjanjian EU Dengan Kanada Langsung Tiada Kaitan Dengan Brexit!