Kehilangan momentum US dolar memberikan kekuatan kepada harga emas untuk terus naik dengan kejatuhan hasil-bon US (bond-yield) dan pembetulan harga (correction) dalam pasaran ekuiti telah membantu harga emas untuk naik dalam jangka pendek.
US dolar masih lagi sukar untuk mendapatkan kekuatannya ketika ini (sesi US) dan sedang cuba menuju ke paras 1.0500. Ketika ini Eur/Usd didagangkan di 1.0544.
Hasil bon US10-tahun juga masih berada di bawah paras 2.50% memberikan penguatan untuk harga emas terus naik. Hasil bon ialah kadar faedah yang diberikan setiap tahun jika kita membeli instrumen ini.
Terdapat penjualan US dolar yang signifikan dalam London Fix dan harga emas turut melonjak tinggi dan menembusi $1,150 dan ketika ini didagangkan di paras $1,157.60.
US dolar berada di bawah tekanan selepas Eur/Usd spiked ke atas sehingga mencecah paras 1.0650. Tidak dapat dinafikan hal ini disebabkan kurangnya jumlah dagangan yang menyebabkan pasaran dengan mudah bergerak dalam volatility (turun-naik) yang tinggi.
Harga logam kuning jatuh mendadak sejak Donald Trump dipilih menjadi presiden. Penganalisis juga memberi amaran tentang sentiment logam berharga ini yang masih suram dalam jang masa sederhana berikutan jangkaan lebih banyak kenaikan kadar oleh The Fed pada tahun depan.