Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.1372 ke setinggi $1.1447, sebelum menutup sekitar paras $1.1404; setelah ketiadaan sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Eropah dan AS semalam. Para trader masih belum memasuki pasaran, ekoran menunggu laporan kewangan dari pelbagai institusi dan syarikat yang mula mengeluarkan laporan kepada SEC.
Di pasaran Eropah, ECB dan Presiden Mario Draghi telah mengesahkan pendekatan pengembangan meluas dalam dasar kewangan, sekaligus mengimbangi pendekatan yang sama dari Federal Reserve AS, yang telah melemahkan Dollar AS baru-baru ini. Namun, Presiden Feds Philadelphia, Patrick Harker, tidak menyokong cadangan itu.
[adrotate group=”6″]
Beliau berkata jika ekonomi mahu terus berkembang pada kadar semasa, Feds perlu mengambil kira satu lagi peningkatan kadar seawal April. Beliau turut mengalu-alukan sekurang-kurangnya tiga lagi kenaikan pada tahun ini. Presiden Feds New York William Dudley, berucap di Persidangan Persatuan Kejiranan dan Pembangunan Perumahan di New York sebelum Presiden Feds Dallas Rob Kaplan, mengambil bahagian dalam perbincangan di Louisiana Tech University di Ruston, Louisiana.
Encik Kaplan mengatakan bahawa beliau tidak menyokong kenaikan kadar berdasarkan data ekonomi sedia ada, tetapi masih terbuka untuk menaikkan kadar sebelum mesyuarat FOMC June ini. Encik Dudley pula tidak memberikan sebarang komen terhadap ekonomi AS pada persidangan tersebut.