Euro Dollar merudum lebih 120 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1267 sebelum menutup sekitar paras $1.1272; setelah permintaan untuk aset berkadar dan memberi pulangan tinggi kembali mendapat permintaan. Pemacu utama semalam adalah data yang lebih kukuh dari China, yang menunjukkan eksport meningkat lebih daripada jangkaan dan kelembapan import yang tidak seteruk yang dijangkakan.
Di pasaran Eropah, pengeluaran bulanan industri di Euro-Zone dilaporkan jatuh lebih sedikit daripada jangkaan pada bulan Februari, menurut data daripada Eurostat. Pengeluaran susut 0.8% berbanding jangkaan penurunan sebanyak 0.7%. Pengeluaran tahunan pula adalah 0.8% lebih tinggi, meleset dari jangkaan untuk peningkatan sebanyak 1.2%.
[adrotate group=”6″]
Pengeluaran barangan modal meningkat sebanyak 3%, barang pengantara sebanyak 1.9%, barangan pengguna tahan lama sebanyak 0.8% dan barangan pengguna tidak tahan lama sebanyak 0.7%, manakala pengeluaran tenaga menurun 5.2%. Traders melabelkan laporan tersebut sebagai mengecewakan, tetapi bukanlah satu bencana buat Euro-Zone.
Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan anga inflasi tahunan yang dijangka stabil pada -0.1% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 267 ribu kepada 270 pemohon.