Euro Dollar terus memacu naik untuk hari keempat Khamis semalam, lebih 170 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1240, sebelum menutup sekitar paras $1.1205; setelah Dollar AS terus jatuh, ekoran prospek kenaikan kadar pada 2016 telah pudar. Pada masa yang sama, Ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi memberi amaran tentang risiko lambat bertindak dalam menangani inflasi rendah yang degil di Euro-Zone, dengan spekulasi bahawa ECB sedang bersedia untuk melancarkan rangsangan baru tidak lama lagi.
“Dalam konteks inflasi yang rendah berpanjangan, dasar monetari tidak boleh dilonggarkan dengan kejutan penawaran yang berturut-turut,” menurut Draghi dalam satu ceramah yang disampaikan pada persidangan yang dianjurkan oleh bank pusat Jerman, Bundesbank. “Dengan mengambil sikap tunggu dan lihat, serta memperluaskan horizon dasar; ianya membawa risiko: iaitu jangkaan yang membawa kepada inflasi berterusan lemah,” Draghi berhujah. “Dan jika itu berlaku, kita akan memerlukan dasar monetari yang lebih akomodatif untuk membalikkannya. Dilihat dari perspektif itu, risiko bertindak lambat melebihi risiko bertindak terlalu awal.” tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
ECB telah menurunkan kadar ke paras terendah dalam sejarah, serta mengepam jumlah kecairan ke dalam pasaran kewangan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, dan melancarkan program pembelian bon besar-besaran yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif atau QE untuk mencuba dan memulakan inflasi di 19 negara yang berkongsi menggunakan matawang Euro. Hari ini Jerman bakal melaporkan tempahan sektor perkilangan yang dijangka jatuh daripada 1.5% kepada -0.3% dan AS pula bakal melaporkan NFP yang dijangka berkurang dari 292 ribu kepada 189 ribu pekerjaan.