Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4040 ke setinggi $1.4140, sebelum menutup sekitar paras $1.4125; setelah angka rasmi menunjukkan defisit perdagangan UK mengecil pada bulan Februari, tetapi jurang dagangannya dengan EU meningkat kepada tahap rekod tertinggi. Namun, data produksi industri dan pembuatan UK mengecewakan pasaran.
Di pasaran UK, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan jumlah defisit perdagangan UK – barangan dan perkhidmatan – susut kepada £4.8 bilion dari £5.2 bilion pada bulan Januari. Defisit dagangan barangan bersendirian pula mengecil kepada £12 bilion – turun dari £12.2 bilion pada bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, defisit perdagangan barangan dengan EU mencecah rekod tertinggi sebanyak £8.6 bilion.
[adrotate group=”6″]
ONS UK berkata jumlah defisit perdagangan untuk bulan Januari sekarang adalah £1.8 bilion lebih besar daripada anggaran sebelum ini, kerana semakan besar dalam import barangan bukan dari EU, khususnya emas. Dalam angka ONS yang dikeluarkan secara berasingan, pengeluaran industri di UK jatuh 0.3% pada bulan Februari berbanding bulan sebelumnya – penurunan terbesar sejak Ogos 2013. Output perkilangan jatuh sebanyak 1.1% daripada bulan Januari, dan turun 1.8% daripada tahun sebelumnya.
Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK mahupun AS hari ini.