Pound Dollar susut lebih 80 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4192 sebelum menutup sekitar paras $1.4202; setelah komen suram semalam mengenai ‘Brexit’ oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyumbang kepada penjualan Pound. “Referendum Jun ini tentang keahlian UK dalam Kesatuan Eropah telah menimbulkan ketidakpastian bagi pelabur – “Brexit” boleh menyebabkan kerosakan ekonomi serantau dan global dengan mengganggu hubungan perdagangan.” menurut IMF.
Amaran oleh IMF mengenai bahaya Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) telah menyalakan api di bawah perdebatan ‘Brexit’ di UK, hanya beberapa hari sebelum kempen rasmi referendum bermula. Perdana Menteri Britain, David Cameron menyokong laporan amaran IMF, tetapi lawannya mengatakan ianya sebagai hanya menakut-nakutkan.
[adrotate group=”6″]
Selain daripada itu, IMF juga mengurangkan unjuran pertumbuhan UK. Ia kini menjangkakan pertumbuhan 1.9% pada tahun ini, berbanding dengan anggaran pada Januari lalu sebanyak 2.2%. Bagi tahun depan, ia menjangkakan pertumbuhan 2.2%, tidak berubah daripada unjuran awal. Unjuran IMF yang menurun ini dilihat sebagai reaksi kepada kegawatan pasaran kewangan dan kelembapan ekonomi global baru-baru ini.
Hari ini UK bakal menyiarkan keputusan kadar terbaru yang dijangka kekal pada 0.5% dan jumlah pembelian aset pada £375 bilion dengan undian 9/9. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 267 ribu kepada 270 pemohon.