GBPUSD membuat “gap” melebihi 40 pip sebelum terus turun lebih 120 pip dari harga pembukaan sesi Asia pagi tadi sebelum recover ke area 1.4400. GBPUSD yang turun semenjak awal pagi tadi rebound pada harga sekitar 1.4350.
Ini adalah result daripada “brexit fear” yang menyebabkan lebih ramai melepaskan pegangan terhadap Pound selepas melihat dua “keputusan undi referendum” yang dijalankan secara online oleh TNS dan ITV berkenaan Brexit pada weekend semalam.
Pembukaan sesi Asia terus menyebabkan panic bagi pemegang pound yang cuba melepaskan posisi mereka selepas risau tentang keputusan yang lebih memihak kepada “leave Euro”.
Jika berterusan “brexit fear”, diyakini Euro akan turut serta sama dalam kemeriahan drop down tersebut.
Terdapat sedikti recover bagi matawang US Dollar selepas sesi NFP minggu lepas juga menambah kesan kejatuhan kepada GBP/USD.
Terdapat beberapa lagi Online Poll atau Poll di Stesen TV yang banyak akan mempengaruhi pergerakan GBP/USD sebelum tarikh UK’s EU referendum. Semua trader di minta berhati-hati dan menjaga Money Management sebaik mungkin jika trading Pound mahupun Euro.