Harga emas terus memacu naik Isnin semalam, lebih $18.50/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1258.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1257.80/oz; setelah pelabur mencari emas sebagai simpanan nilai di tengah-tengah penurunan dalam pasaran ekuiti dan kehilangan keyakinan pasaran bahawa Federal Reserve AS akan meningkatkan kadar pada tahun ini. Indeks Dollar, yang menjejaki prestasi Dollar berbanding enam matawang utama, jatuh lebih 58 mata untuk mencapai paras terendah sejak Jun tahun lepas.
“Kelemahan Dollar menyokong emas,” menurut Gnanasekar Thiagarajan, pengarah Commtrendz Management Risk Services yang berpangkalan di Mumbai. “Trend yang kuat untuk emas kerana ia gagal untuk pergi di bawah paras $1,200/oz” walaupun terdapat data pekerjaan AS yang kukuh pada bulan Mac lalu, tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
RBC Capital Markets menaikkan ramalan purata harga emas bagi tahun ini sebanyak 9% ekoran Federal Reserve AS yang lebih ‘dovish’ dan permintaan yang semakin meningkat, menurut laporan terbaru semalam. Kemungkinan bahawa pembuat dasar Feds akan bertindak pada bulan Disember telah menurun kepada 49% daripada 58%, berdasarkan data dana Feds di pasaran hadapan baru-baru ini.
Penganalisis pasaran berkata kenaikan harga emas di pasaran hadapan sebahagian besarnya adalah selari dengan trend di luar negara yang bimbang dengan pertumbuhan ekonomi global, sekaligus meningkatkan permintaan logam itu sebagai aset ‘safe-haven’.