Harga emas jatuh lebih $16.50/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,239.80/oz sebelum menutup sekitar paras $1,242.38/oz; setelah kembimbangan pasaran berkurang dan permintaan untuk Dollar bertambah, terkesan dari pemulihan harga komoditi utama dan pasaran ekuiti global. Indeks Dollar membuka dengan ‘gap-up’ semalam, sebelum memacu naik lebih 80 mata, sepanjang 3 sesi dagangan, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 94.78 mata, sebelum menutup sekitar paras yang sama.
Pasaran saham AS melonjak dalam sesi pra-pasaran selepas pengumuman data perdagangan China yang memberansangkan. Saham memacu lebih jauh selepas keputusan pendapatan daripada syarikat komponen Dow indeks dalam laporan pertama musim pendapatan. JP Morgan Chase melaporkan keputusan suku pertama, menewaskan jangkaan kedua-dua pendapatan dan jualan. Berita ini membantu mengekang kenaikan harga emas di pasaran hadapan.
[adrotate group=”6″]
Harga emas boleh terus jatuh lagi hari ini jika pasaran saham terus memacu ke atas. Dollar AS yang lebih kukuh juga boleh memberi tekanan kepada harga emas terutamanya jika laporan inflasi dan tuntutan bantuan pengangguran AS malam ini lebih baik dari jangkaan, sekaligus membawa Feds lebih dekat dengan kenaikan kadar.
Laporan AS tentang kejatuhan jualan runcit kepada 0.3% dibawah sifar berbanding jangkaan kenaikan 0.1% dan harga pengeluar yang juga mengecewakan dengan kejatuhan kepada 0.1% dibawah sifar berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.3%; tidak menghalang pasaran untuk terus menyokong Dollar.