Harga emas melonjak lebih $20.20/oz Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,243.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,240.30/oz; setelah nada lemah di seluruh pasaran ekuiti global dan peningkatan penghindaran risiko mencetuskan pemulihan dalam harga emas. Selera pelabur terhadap risiko merosot ketika sesi Asia dengan kejatuhan seterusnya dalam harga minyak dan pasaran ekuiti terus berundur.
Di pasaran Jepun, Indeks Nikkei menurun bagi sesi keenam berturut-turut selepas penutupan yang lemah di Wall Street. Pasaran ekuiti AS bercampur-campur manakala penanda aras bon AS 10 tahun memacu lebih tinggi kepada 1.74%. Dalam persekitaran ini, emas hanyut lebih rendah dengan keyakinan pelabur dilemahkan oleh kegagalan harga memecahkan ‘resistance’ seterusnya.
[adrotate group=”6″]
Kebimbangan masih kekal tentang masa kenaikan kadar AS selepas komen daripada pegawai-pegawai Federal Reserve AS baru-baru ini. Emas telah mencatatkan kenaikan suku tahunan terbesar, dalam tempoh hampir 30 tahun, memacu naik lebih 16% apabila jangkaan bahawa Feds akan bertindak untuk menormalkan kadar semakin pudar, terkesan daripada kebimbangan terhadap ekonomi global.
Bank Pusat AS menaikkan kadar pada bulan Disember tahun lepas untuk kali pertama dalam hampir satu dekad. Tetapi komen agresif baru-baru ini, telah membimbangkan pelabur emas. Emas sangat terdedah kepada kenaikan kadar AS kerana ianya akan mengangkat kos memegang aset tidak berkadar seperti emas.