US Dollar didagang tinggi pada Jumaat selepas melonjak ke paras tertinggi sejak 14 tahun lalu berbanding matawang Euro berikutan jangkaan kenaikan kadar sebanyak tiga kali lagi tahun depan.
US Dollar telah mula melonjak semenjak pilihanraya presiden pada 8 November lalu apabila pentadbiran Trump dijangka akan merangsang inflasi. Kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas juga telah menjadi penyumbang utama pengukuhan Dollar sebaik sahaja keputusan tersebut diumumkan.
Sementara itu, berbanding Yen, US Dollar meningkat 0.1 peratus sekali gus mencatat 2.6 peratus kenaikan minggu ini.
Data inflasi AS yang dikeluarkan semalam juga menunjukkan peningkatan sederhana dicatat oleh harga pengguna pada bulan November. Walaupun begitu, trend menunjukkan bahawa inflasi boleh meningkat lebih tinggi berikutan sewa yang meningkat. keadaan ini akan menyokong lebih banyak kenaikan kadar oleh Fed pada tahun depan.
US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama meningkat 0.2 peratus. Untuk minggu ini sahaja index tersebut telah meningkat sebanyak 1.6 peratus.
Sterling juga sedikit memulih dalam sesi Asia selepas terjunam ke paras tiga minggu terendah berbanding US Dollar.
Bank of England berkata pada Khamis bahawa prestasi kukuh Sterling sejak beberapa bulan lepas dijangka akan melonjakkan inflasi Britain tahun depan. Penggubal dasar juga dalam masa yang sama sebulat suara mengundi bagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada rekod yang rendah sebanyak 0.25 peratus.
Nilai Sterling juga meningkat lebih 6 peratus sejak ramalan terbarunya pada bulan November.