US Dollar kekal berada diparas terendah berbanding yen pada Khamis walaupun pasaran kekal yakin terhadap prospek kenaikan kadar bagi penghujung tahun ini.
Dalam pada itu, Bank of Japan dilihat cenderung untuk untuk mengekalkan dasar monetari yang stabil bagi beberapa ketika untuk mendorong hasil bon kerajaan kesekitar sifar peratus.
US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama meningkat dalam sesi ini.
Dalam masa yang sama, Sterling menyusut ke paras terendah sebanyak 0.3%. Pasaran dijangka akan meneliti data suku ketiga Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk petunjuk ekonomi yang lebih jelas.
Menurut ahli strategi matawang Brown Brothers Harriman di Tokyo, walau bagaimanapun data GDP yang dikeluarkan, situasi itu dianggap tidak akan menggugat matawang Pound dalam jangka masa terdekat.
Sebaliknya tumpuan akan lebih diberikan kepada sebarang komen terhadap dasar UK serta rundingan semula hubungan Britain dengan Kesatuan Eropah.
Dalam masa yang sama, Euro menyusut 0.1 dalam sesi Eropah.