Deutsche Bank Kembali Mencatat Keuntungan Setelah Dijangka Akan Muflis

84

Dalam pengumuman laporan pendapatan pada suku ketiga hari ini, Deutsche Bank dilaporkan kembali mendapat keuntungan bersih sebanyak 256 juta Euro berbanding kerugian 6.01 billion tahun lepas pada tempoh sama. Keuntungan ini disumbangkan oleh pelan tindakan pemotongan kos yang telah dibuat oleh CEO, John Cryan.

Dalam tinjauan yang dibuat oleh Bloomberg, seramai 14 penganalisis menjangkakan Deutsche Bank akan mengalami kerugian secara purata sebanyak 394 juta euro. Namun, jangkaan ini meleset dan keuntungan Deutsche disumbangkan oleh peningkatan dalam pendapatan dagangan matawang dan asetnya sebanyak 10 peratus.

Cryan dalam pembentangan itu berkata, “kami akan terus membuat peningkatan dalam menstrukturkan semula bank ini.” “Tetapi, dalam beberapa minggu yang lepas, peningkatan positif ini dibayangi oleh sentimen semasa berkaitan dengan jabatan kehakiman Amerika (DOJ)”.

Deutsche Bank yang telah kehilangan 41% nilai pasarannya tahun ini menjadikan mereka adalah bank ke-empat paling banyak mengalami kerugian dari 38 bank yang tersenarai di dalam Bloomberg Europe Banks and Financial Services Index. Credit Suisse yang juga sedang menstrukturkan perniagaannya juga jatuh sebanyak 36% tahun ini.

Cryan juga berikrar akan memberhentikan 9000 orang pekerjanya di seluruh dunia dan mengurangkan risiko terhadap aset-aset bank itu sebanyak 28 billion Euro ataupun 17% sehingga 2018 dan 10 billion lagi sehingga 2020.

Sekurang-kurangnya seorang dari 20 pemegang saham Deutsche Bank menggesa agar entiti itu mengurangkan dagangan ekuitinya dan fokus kepada aset yang lebih besar untuk meningkatkan pendapatan. Deutsche bank juga patut untuk mengurangkan tenaga kerjanya sebanyak 20% dalam usaha mengurangkan kos.

Seorang Penganalisis dari Independent Research di Frankfurt mengatakan perlunya peningkatan dalam perbelanjaan yang mengesyorkan pelaburnya menjual saham bagi mendapatkan dana. Tambahnya lagi, “kes yang berkaitan dengan Jabatan Kehakiman US, inilah yang akan menentukan nasib Deutsche Bank pada masa akan datang”.

Tambahnya lagi, jika mereka dapat menyelesaikan masalah ini barulah Deutsche bank boleh fokus kepada operasi perniagaan mereka.

 

Adakah Deutsce Bank Akan Jatuh Bersama Kesatuan Eropah?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat