Yen melemah pada sesi Asia hari ini setelah laporan jualan runcit di Jepun keluar tidak memberangsangkan.
Ini juga diakibatkan oleh kenyataan dari Esther George, presiden dan juga CEO bagi Fed Kansas City.
Beliau menyatakan tidak mahu melihat ekonomi bergerak perlahan dan meminta Fed untuk sentiasa membuat sesuatu usaha berterusan untuk meningkatkan interest rate.
“Jangan terlewat untuk naikkan interest rate. Fed mesti membuat kenaikan interest rate dengan segera,” katanya.
Maklumat lanjut beliau jugak dikenali sebagai seorang yang “hawkish”, sentiasa mendesak tentang kenaikan Interest Rate.
USD/JPY membuat kenaikan ke sekitar 101.50 pada ketika artikel ini ditulis.
US Dollar Indeks juga melonjak hampir 0.05% dan ia adalah penanda aras yang US Dollar membuat kenaikan terbaik berbanding 6 matawang major lain.
Dengan keputusan OPEC awal pagi tadi yang bersetuju memotong pengeluaran minyak, sekaligus mengugat Yen untuk sentiasa menjadi matawang “safe haven”.
Seterusnya yang ditunggu-tunggu adalah kenyataan BOJ Kuroda dijadualkan 2:35pm waktu Malaysia sebentar lagi.