Pound merosot lebih rendah berbanding US Dollar pada Rabu selepas data pengeluaran sektor perkilangan UK jatuh merosot. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi UK.
GBP/USD merosot 0.36%.
Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata, pengeluaran sektor perkilangan menurun sebanyak 0.9% pada bulan Julai.
Sementara itu, pada asas tahunan, pengeluaran kilang meningkat 0.8% pada bulan Julai.
Laporan yang sama juga menunjukkan pengeluaran industry meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Julai.
Dalam masa yang sama, US Dollar terus berada dibawah tekanan apabila dua data sebelum ini dilihat mengecewakan.
Disamping itu, Sterling juga didagang rendah berbanding Euro dengan EUR/GBP meningkat 0.29%.